Saturday, March 21, 2009

Rindu kat Ayah




Hi ayah Sara rindukan ayah

Sian sara, mengamuk2 dia...pening ibu dibuatnyer.. sume x kene. Bagi susu tokmo, letak kat rocker pun tokmo...asyik nangis jek. So terpaksalah ibu minta paksu pegang sara. Nasib baik paksu sara sporting dalam x reti2 dia pun. At d end sara tido di pelukkan paksu dia. Emmmm nih musti rindukan ayah dia nih. Mane x nyer lengan ayah lagi empuk dari ibunya....

emmm tinggal 10 hari lagi ayah datang ler sara. Sabo k..Ayah sara nih mmg bizi orgnyer. Setiap minggu ader jek program. Minggu lepas ayah g mersing ader student nyer program. Minggu nih sibuk ngan maklang and maklong Johor sara bertunang. Minggu depan lak ayah sara bizi ngan konvo lak. X per sara nanti kita jumpa ayah k.


yang berbj kuning tu ayah n ibu sara.. tgk siibu tu temuk kan..

Friday, March 20, 2009

Sara kene tinggal....



Sara kene tinggal......
Hari ni wan and atok g perak due to attend majlis perkahwinan acik Yus. Kira makcik sara ler nih. Bln ni wan bizi sgt, setiap minggu kene g majlis kawen. So nasibler sara kene tinggal ngan ibu kat umah, nasib baik ader acik nani temankan ibu. Kalau x mesti ibu terkial2 nak mandikan sara.

Bercerita pasal mandikan sara. Actually ibu takut2 lagi.. x pandai nak pegang sara ngan proper lagi, tp alhamdulillah ibu berjaya gak mandikan sara. Ibu kene blaja, pasal nanti kat umah ibu sendiri ibu kene mandikan sara gaks. Nak dijadikan citer masa mandikan sara td , ibu nampak nanah BCG sara dah kuar. Ibupun picit skit2 keluarkan nanah tu. Luckynyer masa tu, sara skit pun x nangis. Kuat gaks anak ibu nyer.

Sblm pakai baju ibu kene tuamkan sara dulu, pastu sapukan minyak telon kat perut, kaki sara.
Fungsi kedua2nya ni supaya sara x kembong perut. Then sapukan skit losyen kat tut....sara, jgn bagi ruam dan seterusnya pakaikan barut,pampers, baju n seluar. Last sekali bedakkan sara supaya dia wangi...Setelah selesai sumenyer ibu upahkan sara dengan susu....


Tuam Sara (jintan hitam yang dibunjutkan dengan kain cotton),
Minyak Telon, Losyen and Bedak Sara

Upah sara-susu 4 oz .
Tp dah habis sara dah minum




abih susu...sara aper lagi zzzzzzzzzzzzzzz...........

Thursday, March 19, 2009

Happy One month SARA

Hari nih genap umo sara yang ke 30 hari. So, pepagi lagi wan dia dah siapkan sara nak g klinik. Kul 7.00 sara dah siap mandi. Ibunye ngan semangatnye kul 5.30 pagi dah bangun. Siap perah susu lagi tuk sara. Dapatlak jugak 2oz.

Ok, tepat jek kul 8.00 pg tok+wan+ibu ngan sara gerak ke klinik Desa. Nasib baik skit jek org waktu tu. Tp punyer ler lama duk kat klinik tu sampai amik masa 2 jam. Sian tok ngan wan sara, terpaksa berlapar tunggu cucu n anak kene check. Nasib baik ler sara x ngamuk. Tido jek sara masa tu...senang ibu.

baikkan sara...tido jek
Sara nih mmg suka berjalan...tu pasal dia baik jek

Sunday, March 15, 2009

Breast Feeding + Susu Formula

Cerita pasal BF. Aku teramatler bercita-cita nak fully BF SARA, tp apakan daya aku susu badanku skit. SARA ibu nih kuat minum susu. x cukup ngan BF aku terpaksa tambah ngan 2oz lagi susu formula. Maafkan ibunyer, ibu terpaksa campur susu SARA.

nih ler susu formula SARA


Ibu kene makan supplement yang leh tambahkan susu. Jadi ibu minta wan SARA belikan brokoli. Setiap hari ibu makan brokoli rebus. X cukup ngan tu, ibu minta ayah SARA belikan susu Anmum breast feeding. Walaupun si ibu nih teramatlah x suka minum susu. Ibu terpaksa campurkan skit ngan Milo kat susu tu, supaya tekak ibu boleh telan. Semuanyer nih ibu buat kerana SARA.
brocoli yg ibu mkn tuk tambah susu


Berbalik pd BF, sebaik sahaja SARA dilahirkan ibu dah disuruh oleh nurse bagi susu kat SARA. Terkial2 gak ibu masa tu. Tp nasib baik ler ader nurse yang ajarkan. Dialah yang tolong masukan n*n*n ibu kat mulut SARA yang cikonet tu.

Lepas jek ibu dihantar ke wad, SARA still tido lagi. Menjelang petang SARA bangun n nangis. Ibu pun bagiler susu badan but SARA still nangis2 lagi. Makin lama makin kuat si SARA nangis. Perhh ibu daah cuak, kenapalak ngan anak aku nih. After ibu try picit kat p*t**g tu, x der pun susu yang kuar. Patutler si SARA nangis. Ibu x tau nak wat aper masa tu . Dah ler bawah tu sakit, badan lemah, si SARA lak nangis. Mahu nak nangis ibu dibuatnyer.

Pastu ader sorang doc nih datang dia bagitau bgjer susu formula kat SARA. Pada mulanyer ibu pelik gak, setahu ibu ler hospital gov nih marah kalau bagi susu formula. Tp lainlak si doc nih.
Memandangkan si SARA melalak2 nangis, si ibu nih aper lagi ...call ayah SARA suh beli susu formula tuk SARA.

Petang tuh ayah n MIL datang melawat SARA. SARA masa tu dah tido dah pasal penat nangis.
Ibu pun senang hati skit pasal ayah SARA dah bawa FM tuk SARA. Ibu dah senang hati skit, pasal lepas nih SARA x ler nangis kelaparan lagi.

Rupanyer senang hati ibu tu cuma sekejap jek. Pasal keesokkan harinya SARA asyik muntah2 susu jek. Ibu dah mula risau. Bukan sekali dua SARA muntah, banyak kali lak tu. Ibu bagitau doc yang SARA asyik muntah2. Doc kater SARA kene admit. Sedihnyer hati ibu x dpt digambarkan. Nyesal rasa hati bagi FM. Tp nak wat camner kan dah bagi. Tp nasib baik sehari jek SARA kene admit. Kalau x meraung ler ibu kat umah.

Inilah serba sedikit citer SARA ngan BF + FM. Akhir sekali, ibu berazam akan bagi SARA fully BF . Doakan ibu k.

Majlis Marhaban tuk SARA

Alang2 acik ila nak wat Marhaban, ibu bagitau wan SARA nak wat cukur jambul n marhaban tuk SARA sekali. Memandangkan wan n atok SARA setuju, jadi ibu decide wat masa pagi Ahad tu sbb lepas Johor time acik Ila SARA lak nak bersanding.

Ni serba sedikit gambar SARA masa marhaban berlangsung. Bawah nih gambar SARA masa mengamuk nak susu.

Ni ibu SARA nak interframe gak. Masa nih SARA minum susu botol jek.
SARA siap pejam2 mata lagi minum susu. Sedap bangat ler tu.
Nih gambar SARA ngan Atok n Wan dia.
Yang baju purple tu Tok Mak dia.
Emm manje si SARA nih almaklumler cucu sulung tuk both side.
Jeles ibu dia hehehehehe

Friday, March 13, 2009

Mak ngah SARA kawen

Hari nih ibu Sara nak citer skit majlis perkahwinan acik Ila. Mak ngah Sara kawen pd 8 mac 2009. Sara baru jek 18 hari. Ibu Sara still dalam pantang lg. Sorry ye acik Ila n acik Nani x dapat nak tolong nyer. Ibu dah sibuk ngan Sara.

Back to citer mak ngah Sara. Alhamdulillah acik Ila selamat diijabkabulkan dengan kekasih hatinya. Lamer gaks diaorg bercinta since form 2 lg. Dengan sekali lafaz tepat pukul 3.30pm hari sabtu, cik ila selamat menjadi isteri en shukur. Congrate pn .Ila n en Shukur.

So Sara dah dapat pak ngah . Gumbira sungguh wan+atok Sara dapat menantu dan cucu baru...


Cantik sunguh mak ngah n pak ngah Sara

Thursday, March 12, 2009

Our little princess....Nur Mysarah Binti Mohd Ismahadi


Introducing our little princess....Nur Mysarah Binti Mohd Ismahadi.
Lahir di HSA, JB. Berat 3 kg. Syukur alhamdulillah.

Kronologi kelahiran Sara..

17.02.09 (Selasa)
Keluar lendir jernih masa mandi. Muka dah mula cuak. Tp aku x rasa sakit aper2 lagi. So aku bgtau hubby and then hubby call MIL minta pendapat. Then terus pegi rumah MIL standby nak g hospital.

18.02.09 (Rabu)
Tepat pukul 2 pagi, aku dah start sakit skit2 kat perut macam senggugut.. memulas2 rasa. Tp kejap2 ada and then hilang. Sampailah ke pukul 8.00 pagi. Sakitnyer still sama. Aku pun decide g Perdana tuk wat last check up. After wat VE, doc kater baru buka 1.5cm and dia jangkakan aku akan bersalin keesokkan harinya.
Lepas jek makan tghari, perut n pinggang aku terasa teramatlah sakit. Baring x kene, duduk x kene nak berjalan aper lagilah... rasa nak tertanggal pingggang aku rasa. Perh...berpeluh2 aku menahan sakit. Hubby ajak g hospital, tp aku berkeras.. pasal x kuar aper2 tanda lagi. Aku sebenarnyer x mau duk lelama kat hospital sbb aku nih jenis penakut skit.
Alih2 dalam kul 10.30 mlm, setiap 5 minit sakitnyer datang. Sakitnyer tuhan jek tau. Aku pun ajak hubby g hospital pasal aku dah x tahan sakit. Kami terus g amik MIL and register kat HSA.
Dalam keadaan yang sakit tu, aku gagahkan diri berjalan gaks ke bilik saringan.
Pas check, doc inform baru buka 2 cm. Perhhh.. aku sakit bagai nak gile nih baru 2 cm bukak.

19.02.09 (Khamis)
Tepat kul 12.05 aku kemudiannyer dihantar ke wat. Bermulalah episod aku kene bermlm di wat . Semlman aku x dapat tido menanggung sakit. Setiap 3 minit skali ku gigit tuala menahan sakit. Sampai basah tuala aku kerjakan. Masa sarapan pagi aku sempat menjamah dua teguk air kopi and setengah roti. Then aku menyerah diri kat doc. Aku kata yang aku x tahan sakit lagi. Doc check yang bukaan dah 5cm. Pastu doc pecahkan air ketubanku. Tub..... bunyi air ketubanku dipecahkan. Meleleh2 air ketuban aku kat lantai.
Kemudian aku ditolak ke labour room. Sampai di labour room. Sakitnyer kian menyucuk2. Aku terasa air ketuban makin mencurah2 keluar. Aku call asben tuk temankan aku di labour room.
x sampai 40 minit, aku terasa macam baby dah nak keluar. Aku bagitau nurse...bb dah nak keluar. Doc terus check ..9 cm. Aku terus meneran. Tah berapa kali pun aku x tau. Sepenuh tenaga dan usaha aku push. Hubby sentiasa memberi semangat di sisi. Alhamdulillah akhirnya aku selamat melahirkan bb girl yang comel bernama Nur Mysarah..... Syukur.....