Monday, February 21, 2011

.:: Preparation besday Sara ::.

Preparation
Sehari sebelum hari jadi Sara,
Ibu ngan ayah dah shopping tuk barang-barang tuk buat kek Sara.
Alhamdulillah aper yang dihajati dapat dibeli. Sukalah ayahkan.
Almaklumlah ayahnya ditugaskan membuat kek Sara.
Ibu pulak..buat aper?. Ibu buat x tau jek..boleh gitu?.
Mane pulak, ibu Sara dah siapkan awal-awal baju Sara.
Pasal ibu tau masa besday Sara, ibu baru lepas pantang.

Ok, kengkawan...Inilah hasil kerja tangan ayah sara.
Cantik kan..Nak tempah? sms me k..


Ni pulak hasil jahitan ibu Sara tema "Polka Dot Black n White"..
Amacam ader bakat x saya menjahit hehe

Sayang Sara,
Ibu




.:: Berpantang VS Kambing Sara ::.



Berpantang
Lepas 3 minggu berpantang di JB. Tibalah giliran mak saya lak yang
kene amik turn jaga saya hehehe. Manja sungguh saya di sana.
Masakan tidak, seawal 7.00 am, mak dah siapkan tungku untuk tuam kat perut.
Lepas tu mak siapkan air mandian serai wangi + herba lain .
Eemmmmm sgt segar n baunya sgt wangi.
Jam 8.30 am Aisy n Sara bangun n sayalak g sarapan.
Mak saya settlekan baby. Adik saya Nani pulak settlekan Sara.
Terima kasih mak, Jasamu amat ku hargai...
x lupa juga pada ayah, nani, amir,ila n shukor...thanks you all.


Kambing Sara
Kebetulan ayah saya ader bela kambing. Sara pulak sangat teruja dengan binatang.
Nak dijadikan cerita, bila sampai di kampung ayah sara terus bawa Sara tgk kambing.
umphh aper lagi suka ler si minah nih. Bila dah suka jadi ketagih pulak.
Sampaikan bangun pagi nak g tgk kambing dulu baru dia nak mandi.
Perghhh macam dah rutin dia setiap hari.
Kalau x melawat kambing, sure mengamuknye.
Nasiblah ader adik saya si Nani n Amir yang rajin melayan si Sara ni.
Bila menangis bawa ker kandang kambing sure senyap punya.
Pokok pangkalnyer kambing penawar hatinya waktu luka lara.
Itulah citer Sara n kambing Atok

Sara..Sara...embek..embek!!

Love,
Maleen

.:: Hero Kami ::.



Alhamdulillah, tanggal 27/Dec/2010 (Isnin) pada 6.37 pagi,
saya selamat melahirkan hero kami secara normal di Hospital Sultan Ismail, JB.

26/Dec/2010
2.00 pm - Mula sakit skit-skit
8.00 pm - Dah keluar jel warna kecoklatan

27/Dec/2010
2.00 am - Sakit setiap 1 jam sekali
3.00 am - Setiap 30 minit
4.00 am - Sakit setiap 5 minit sekali, kali ni mmg sakit sgt. Terutama bahagian pinggang.
4.30 am - Kejutkan hubby n terus gerak g hospital. Sgt sakit perut masa nih, sampaikan hubby terlanggar lubang pun kene marah.
5.30 am - Terus masuk labour room, pasal dah buka 5 cm.
6.00 am - Masa ni yang sedih, x der nurse ker doktor yang dtg check. Mesin 3x dah berbunyi-bunyi. Saya dah terlampau sakit masa tu, sampai minta hubby tlg panggilkan nurse sbb saya rasa dah nak meneran sangat. Nasib baiklah dtg nurse yang tgh handle pesakit bilik sebelah datang menolong. Masa dia check, bukaan dah 9cm. Saya aper lagi meneran ler..
6.30 am - Kali pertama dan kedua x lepas, kali ketiga bahu baby tersangkut.
6.37 am - Kali keempat baru berjaya.

Akhirnya keluarlah bayi lelaki yang seberat 3.28 kg ni ke dunia.
Inilah dia Muhammad Aisy Ayden bin Mohd Ismahadi.



.:: Kembali berblog ::.

Setelah sekian lama menyepi. Kini saya kembali.
KEMBALI dengan semangat dan wajah baru.
Nampak x header dan interface blog ni, dah tukar kan?.
Warna favourite mesti ader, x leh tinggal nyer.
"Pink" n "Hitam" jadi pilihan --> Saya sgt suke!!!!.
Amacam cantik x?



Semua ini bertujuan untuk meningkat minat nak menulis blog.
Besar harapan supaya saya dapat konsisten dalam bidang nih.
Harap kengkawan dapat menyokong saya.

Yang merindui you all sumer,
Maleen

Saturday, October 17, 2009

TUDUNG ONLINE!!!!

Salam semua kengkawanku yang dikasihi...

Sesiapa yang berminat nak beli tudung baru boleh la cuba intai-intai blog ni

  • Banyak pilihan tudung yang latest dan corak terkini. "BESAR PUNYA"
  • Koleksi terkini, jaminan kualiti dijaga, disemak sebelum dihantar dan yang penting MURAH....... ada juga macam2 promotion
  • Terhad memandangkan ramai permintaan dan kebanyakan jenis tudung telah habis dijual.
  • Pembeli online yang pertama akan diberi DISKAUN....
Stok terhad sebab di samping online saya juga jual pada orang/offline

so, apa lagi, cepat-cepat intai murah-murah

Bisnes Satu toleransi, Bisnes SATU jihad, Bisnes SATU keredhaan.


" Urus niaga dan jualbeli yang dilakukan secara suka sama suka iaitu berpuas hati antara penjual dan pengguna. (Surah an-Nisa':29)"

"Rasulullah ditanya mengenai usaha yang paling baik sebagai sumber pendapatan atau rezeki. Baginda menjawab: Pekerjaan yang paling baik adalah dari hasil usahanya sendiri dan setiap perniagaan yang baik serta halal. (Riwayat Bazzar dan Sohehahu al-Hakim) "


تسعة أعشار الرزق في التجارة"
9 per 10 daripada rezeki adalah pada perniagaan.
Hadith lemah riwayat Abu 'Ubaid dlm al Ghareeb. "



Thursday, September 3, 2009

Stressnyer!!!!!!!!!!!!!!

I'm totally stress wif my job now...

Kerja banyak gilos. Bayangkan for next year model team haku kene develop artwork for DECT 145 models. Assuming 30 models permonth. Itu x termasuk 250 amendment models for ITS lagi. Perghhhh sakit kepala haku nak wat schedule tuk dua benda nih. Tp bagi aku lagi sakit kepala pada manusia yang dipertanggungjawabkan tuk MONITOR/FOLLOW UP schedule. Siapakah manusia ittew??. Siapa lagi kalau bukan aku.........arrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

Hari ni jek aku kene submit sumer urgent schedule kat bos haku kat Japan tu. Pastu bos local lak asyik datang kat meja aku...cakap kerja ini urgent..kerja itu urgent...Tp kalau semua kejer jadi urgent, maner satu aku nak wat wei..Aper ingat haku nih mesin ker? .Mesin pun jammed tau kalau dah banyak sgt workload dia. Menci tau..

Emmm kalu diikutkan hati terasa nak resign jek. X mau kejer kilang lagi. Tp mampukah aku?...
be continue.......

Saturday, July 18, 2009

Perut ku gendut???

Salam sumer...

Dah lamer kan x update. Mesti korang dah menyampah nak klik blog hakukan. Balik2 citer yang sama gak. Hehehe maafkan daku kengkawan. So hari aku nak bercerita pasal gendut. Biasalah kan lepas bersalin, perut musti gedebeh nyer. Haku mmg admitler benda ittew. Tpkan sampai biler nak camnih. Aku cam dah x sanggup nak tgk perut nih. Tp nak wat camner, x kan nak gunting?. Aku x sanggup. Tpkan kalaulah cermin boleh bercakap..mesti dia kater buruknyer perut ko....oh...tidak tidak!!!!!!!!!!!!!!!!!!

FYI, aku penah gak
1. Pakai bengkung + losyen mustajab pati limau--> x jadi gak
2. Sit up..--> x jadi gak pasal x konsisten
3. X makan malam--> kurang berjaya ..kurang susu malam tuk sara..so aku stop.

So camner nyer nak kempiskan balik perutku kengkawan. Any idea ???. Please advice nei.