Monday, February 9, 2009

Masak-masak di hari cuti

Akibat dah bosan makan kat luar. So semalam ajak cik abe g Jusco beli barang basah.
Walaupun kakiku x tahan berdiri lamer, ku gagahkan diri gak masuk dapur tghari td.
So nihlah hasilnyer selama 45 minit di dapur. Yummy-yummy sedapnyer...



Siakap stim



Bahan-Bahan

1 ekor siakap
1 ulas bawang besar *
2 ulas bawang putih *
1 batang serai *
4 biji cili padi #
5 inci halia #
1 biji limau nipis
garam secukup rasa

* diblend/tumbuk

Kacang buncis #
Carrot #

# dipotong nipis

Cara-cara

1. Bahan yang di blend tadi di gaul pada ikan bersama garam perap 15 minit..
2. Stim la ikan siakap tu dalam 20 minit.. kemudian masukkan semua bahan-bahan yang dipotong nipis.
3. Kemudian sebelum tutup api, bubuh air perahan limau nipis.

Kerabu Mangga Muda



Bahan-bahan

1 biji mangga muda
2 biji cili padi
2 sudu besar udang kering
1 biji limau nipis
1 ulas bawang merah - dimayang
garam dan gula secukup rasa
sedikit belacan - dibakar

Cara-cara

1. Tumbuk cili padi bersama belacan dan udang kering.
2. Potong memanjang mangga
3. Gaul semua bahan diatas bersama bawang merah.
4. Tambahlah garam + gula dan perahan limau secukupnya

38 weeks

I'm into week of 38. Emmm another 2 weeks till EDD. Can't wait to see u, baby. Excited ibu n ayah nak tgk bb nih. Perut ibu dah semakin besar n last check up (37 weeks)n within 1 week berat badan ibu naik 1.9 kg. Last berat baby (36 weeks) 2.6 kg. So bayangkan berat bb berapa sekarang?.

Perut ibu masa 37 weeks



Nak dijadikan cerita, Sabtu lepas. Perut terasa memulas-mulas + cramp + backache. Perh..mmg sakit. Then called mak n mak kater maybe tu petanda awal. Nasib baik sakit x lama cuma setengah jam. Pastu dah x sakit dah...

After search kat internet it's maybe "Braxton Hicks contraction". Keadaan ni kerap berlaku diakhir tempoh akhir trimester. So lepas nih ibu kene tunggu tanda dulu, lendir + darah or air baru ibu decide g hospital.

Btw, kat bawah nih ader skit rujukan bagi kengkawan juga tgh tunggu tanda-tanda bersalin for the 1st baby.

Saat Kelahiran - Bersalin Anak Sulung
By: Miey Ahmad

SOALAN:

Saya seorang ibu muda yang sedang hamil buat kali pertama. Oleh sebab kami tiada pengalaman menghadapi kelahiran bayi ini, saya rasa amat risau.

Bolehkah puan doktor menerangkan tanda-tanda kelahiran supaya kami lebih bersedia untuk menghadapi saat itu dan bila sepatutnya kami ke hospital untuk melahirkan bayi kami ini?

Ibu Musykil
Pahang

JAWAPAN:

Perasaan risau dan resah adalah menjadi perkara biasa bagi seseorang ibu yang sedang menunggu saat kelahiran bayinya, terutama bagi ibu yang akan melahirkan bayi yang pertama. Ramai di antara ibu juga mengalami kesukaran untuk tidur pada saat sebegini. Sokongan suami dan keluarga amatlah penting pada ketika ini.

Untuk mengelak daripada kekecohan apabila tanda-tanda kelahiran muncul, puan dinasihatkan untuk membuat persediaan awal bagi beg dan barang keperluan puan ketika di hospital. Barang-barang untuk diri puan (baju, kain, tuala, berus gigi) dan juga untuk bayi puan perlu dikemas dan disediakan dua atau tiga minggu sebelum tarikh jangkaan kelahiran bayi puan.

Apabila masa semakin hampir dengan tarikh kelahiran, beberapa tanda boleh muncul yang menunjukkan kelahiran akan berlaku. Puan perlu tahu perkara ini supaya langkah yang tepat dapat diambil tanpa 'panik'.

Pada akhir tempoh kandungan, kekerasan perut rahim semakin kerap berlaku. Kekerasan ini berlaku tanpa diiringi dengan kesakitan. Keadaan ini dipanggil "Braxton Hicks contraction".

Beberapa tanda yang mungkin berlaku apabila proses kelahiran bermula adalah seperti berikut:

Show atau tanda: Keadaan ini berlaku apabila terdapat mukus (lendir) yang bercampur dengan darah di faraj. Pengeluaran mukus yang berdarah ini menunjukkan lubang serviks sudah mula terbuka yang menyebabkan mukus ini terkeluar. Tanda ini adalah yang paling awal (pertama) lazim berlaku.

Pecah air ketuban: Tekanan disebabkan oleh pengecutan (kontraksi) rahim menyebabkan pembocoran selaput karung bayi. Air ketuban tidak mempunyai warna tetapi berbau hanyir berbanding dengan air kencing yang berwarna kuning dan berbau hancing. Air ketuban ini keluar melalui lubang kebocoran dengan cara lelehan sedikit demi sedikit ataupun secara tumpahan air yang banyak. Air ketuban yang berwarna hijau menunjukkan bahawa bayi sudah pun membuang najisnya sebelum dilahirkan. Pembuangan najis (meconium) ini mungkin disebabkan oleh bayi yang lemas atau bayi yang terlebih matang.

Kesakitan di bahagian perut dan belakang seperti senggugut (tetapi kesakitan ini lebih teruk daripada senggugut). Kesakitan ini akan datang secara berkala. Kekerapan kesakitan akan berlaku sekurang-kurangnya setiap 10 minit. Tempoh kesakitan pula berlaku selama 20 hingga 40 saat. Apabila proses kelahiran sebenar tiba, kekerapan kesakitan semakin rapat iaitu setiap dua atau tiga minit sekali dan tahap kesakitan bertambah kuat. Puan perlu membuat persediaan untuk ke hospital apabila kesakitan kerap berlaku iaitu setiap lima dan 15 minit dan kesakitan ini tidak hilang apabila puan cuba berehat atau berjalan-jalan. Jangan panik kerana proses bersalin memakan masa yang agak panjang terutamanya bagi ibu yang akan melahirkan anak yang pertama (lazimnya lapan hingga 12 jam). Tanda-tanda ini tidak semestinya datang secara turutan seperti di atas tetapi salah satu mungkin datang terlebih dulu atau mereka muncul secara serentak.

Apabila puan mengalami tanda-tanda di atas, puan dinasihatkan tidak memakan makanan sebelum puan ke hospital. Keadaan ini penting kerana makanan yang dimakan sewaktu kesakitan dalam proses bersalin tidak dihadamkan dan tidak diserapkan. Proses penghadaman dan penyerapan makanan berlaku dengan lambat sekali apabila seseorang berada dalam kesakitan proses bersalin.

Ada juga salah faham mengenai cara mendapat tenaga untuk meneran apabila seseorang ibu itu makan sewaktu sakit untuk bersalin. Pemakanan yang tidak hadam boleh membahayakan ibu jika kelahiran dibuat secara pembedahan atau ada komplikasi yang memerlukan pembiusan umum (general anaesthesia).

Article Source: http://www.mengandung.com/tips

Sumber Petikan: Utusan 15 Julai 2002 Ruangan Tanya Doktor

Sunday, February 1, 2009

Congrate Sue n Farid

At d end Sue selamat bersalin, alhamdulilah...
rasanya Sue bersalin awal dari due kot..
16 hari awal rasanyer.

to Sue..
Selamat menguruskan badan balik...
selamat berpantang dengan jayanya...
Pasni turn I pulak..
Doakan kami k semoga dipermudahkan segala urusan.
Amin.

Tanda-tanda hampir melahirkan

Semalam satu malam x leh tido. Berpeluh-peluh aku menahan sakit perut. Terasa sakit dia macam senggugut..Kejap2 aku g tandas..asyik nak membuang jek. Aku nih mmg satu feel kalau senggugut mmg nak membuang jek kejer. Makanyer sampai pagi aku x lah tido.
Lepas sembahyang subuh, barulah aku leh tido.

Emmmm esok aku dah 37 minggu pregnant. Kaki dan tangan dah mula membengkak. Perut pun dah mula mengeras. Memandangkan nih baby 1st , aku nih x tatau sangat tanda-tanda bersalin sgt. So aper kater kita share tanda2 nak bersalin kat bawah nih.
Sumber daripada Ratuhati.com

Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:

* sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
* kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
* sakit perut, memulas
* kerap buang air besar
* kerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir

* Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
* Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.

Sakit belakang

* Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
* Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
* Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
* Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.

Pecah air ketuban

Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.

{mosimage}Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis

Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.

Kontraksi yang tetap dan berterusan

Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda. Buat jadual. Baca seterusnya di artikel "Kontraksi, Kelahiran Sebenar atau Palsu"



Bila Perlu ke Hospital

Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:

* kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. :-) )
* keluar air ketuban.
* pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
* keluar darah dari vagina.
* apa saja masalah yang dialami.