Thursday, March 12, 2009

Our little princess....Nur Mysarah Binti Mohd Ismahadi


Introducing our little princess....Nur Mysarah Binti Mohd Ismahadi.
Lahir di HSA, JB. Berat 3 kg. Syukur alhamdulillah.

Kronologi kelahiran Sara..

17.02.09 (Selasa)
Keluar lendir jernih masa mandi. Muka dah mula cuak. Tp aku x rasa sakit aper2 lagi. So aku bgtau hubby and then hubby call MIL minta pendapat. Then terus pegi rumah MIL standby nak g hospital.

18.02.09 (Rabu)
Tepat pukul 2 pagi, aku dah start sakit skit2 kat perut macam senggugut.. memulas2 rasa. Tp kejap2 ada and then hilang. Sampailah ke pukul 8.00 pagi. Sakitnyer still sama. Aku pun decide g Perdana tuk wat last check up. After wat VE, doc kater baru buka 1.5cm and dia jangkakan aku akan bersalin keesokkan harinya.
Lepas jek makan tghari, perut n pinggang aku terasa teramatlah sakit. Baring x kene, duduk x kene nak berjalan aper lagilah... rasa nak tertanggal pingggang aku rasa. Perh...berpeluh2 aku menahan sakit. Hubby ajak g hospital, tp aku berkeras.. pasal x kuar aper2 tanda lagi. Aku sebenarnyer x mau duk lelama kat hospital sbb aku nih jenis penakut skit.
Alih2 dalam kul 10.30 mlm, setiap 5 minit sakitnyer datang. Sakitnyer tuhan jek tau. Aku pun ajak hubby g hospital pasal aku dah x tahan sakit. Kami terus g amik MIL and register kat HSA.
Dalam keadaan yang sakit tu, aku gagahkan diri berjalan gaks ke bilik saringan.
Pas check, doc inform baru buka 2 cm. Perhhh.. aku sakit bagai nak gile nih baru 2 cm bukak.

19.02.09 (Khamis)
Tepat kul 12.05 aku kemudiannyer dihantar ke wat. Bermulalah episod aku kene bermlm di wat . Semlman aku x dapat tido menanggung sakit. Setiap 3 minit skali ku gigit tuala menahan sakit. Sampai basah tuala aku kerjakan. Masa sarapan pagi aku sempat menjamah dua teguk air kopi and setengah roti. Then aku menyerah diri kat doc. Aku kata yang aku x tahan sakit lagi. Doc check yang bukaan dah 5cm. Pastu doc pecahkan air ketubanku. Tub..... bunyi air ketubanku dipecahkan. Meleleh2 air ketuban aku kat lantai.
Kemudian aku ditolak ke labour room. Sampai di labour room. Sakitnyer kian menyucuk2. Aku terasa air ketuban makin mencurah2 keluar. Aku call asben tuk temankan aku di labour room.
x sampai 40 minit, aku terasa macam baby dah nak keluar. Aku bagitau nurse...bb dah nak keluar. Doc terus check ..9 cm. Aku terus meneran. Tah berapa kali pun aku x tau. Sepenuh tenaga dan usaha aku push. Hubby sentiasa memberi semangat di sisi. Alhamdulillah akhirnya aku selamat melahirkan bb girl yang comel bernama Nur Mysarah..... Syukur.....

3 comments:

Unknown said...

malin,
tahniah!! tahniah!!
happy mothering n breastfeeding... moga2 ok semuanya.

Suziey Ahmad said...

haii aleen..congratulation on the new born...comel baby..kenal x?heheh..xkenal..xpela..xingt? ha cari sm[ai ingt..ekekke:p

Famila Akmar Faisal said...

bestnye...congrats eh..doakan famila pulak