Tuesday, March 22, 2011

Adik n kakak


Alhamdulillah sekarang Sara dah pandai mengaku diri dia kakak.
Sangat sayang adik dia, Aisy.
Kalau cium adik Aisy, punyerlah lama, sampai adik naik rimas..
emmm kakak..kakak..

Love kakak n adik,
ibumu.

Sunday, March 13, 2011

Saya kembali bekerja

Emmm setelah 2 bln berehat, kini kembali bekerja.
Bestkan pada kengkawan yang dapat 3bln cuti, lama skit leh bersama ngan anak.
Kalau dah kerja swasta, jangan mimpilah nyer. Terimalah dengan rehda k.

Sepanjang menjadi surirumah sementara nih.
Saya dapat rasakan bukan mudah menjadi surirumah, ditambah ader anak kecik.
Perhhhhhh mmg mencabar. Pepagi bangun, dah sibuk ngan anak, buat sarapan, basuh kain.
Itu kalau baby x meragam, kira boleh smooth buat kerja.
Tp biler dah mengaruk, semua kerja dah x menjadi.

Saya sgt respect betul pada ibu saya, dalam masa ada anak kecik tu.
Siap boleh terima tempahan jahit, parut kelapa n buat ais krim malaysia lagi.
Sempat bekalkan kami 3 beradik ni nasi goreng tuk ke sekolah,
makan tengahari sebelum ke sekolah agama.

Kalau saya di tempat mak, mampukah saya?
>> x pasti hehehe

Wednesday, February 23, 2011

.:: Maulidur rasul n Tudung Sara ::.

Memandangkan hari sabtu lepas Maulidur Rasul.
Kami pun balik kampung. Kebetulan ada perarakan pula hari tu.
Aper lagi si Sara pun join ler bersama acik azie / anis/ azim.
Siap dapat tudung lagi sponsor by nenek lagi.
Sejak hari tu hari-hari nak pakai tudung. Cantik anak ibu pakai tudung.
Nanti ibu belikan tuk Sara k.


Penjual tudung dewasa..
Maleen

.:: eee Yak!!! syuk ::.



Hawat tajuk pelik jek bunyi nyer.
Hehehe ini sume Sara nyer citer.
Ader satu hari tu tgh tukar pampers adik dia.
Si sara dtg kat saya

Sara : ibu..eee Yak!!! syuk.
Saya : Siapa yak?
Sara : itu...(tunjuk ke kantung susu lembu tu)
Saya : bukan yak ler Sara..itu susu..(sambil bagi dia lembu tu)
Sara : Nanak..nanak bu...yak!!!!! syuk..

x tahan tgk muka Sara masa tu..terbahak-bahak saya n ayah dia ketawa,
lari dia x mau pegang lembu tu.

Nilah gambo lembu yg sara kata "yak" tu..

yang suka makan daging lembu,
Maleen

.:: Pop corn n Coklat ::.

Pop corn adalah favourite kedua Sara selepas coklat.
Kitkat n Cadbury mmg carta pertama dia.
Dah nak wat camner kan "Bapa borek anak rintik".

Memandangkan stok coklat dah habis, pop corn jadi sasaran.
So layanlah sara Pop corn hari.
Lepas masuk mulut Sara, masuk mulut ibu lak.
Apa-apalah Sara, janji sara happy.

Peminat suka pop corn gak,
ibu

.:: Hari punye aktiviti --> Bakar n kukus kek coklat::.

Memandangkan saya telah menjadi surirumah tangga sepenuh masa 2 bln ni.
Pepagi lagi dah sibuk ngan anak-anak.
Mandikan anak, susukan anak, pastu nak buat sarapan,
basuh kain, jemur kain, sapu lantai, masak tuk lunch, basuh pinggan/kuali.
Baby nangis pegi bagi susu. Terkejar-kejar lah jugak.

Tp yang bestnya hari nih saya sempat mop rumah sambil bakar n kukus kek coklat.
Hehehe terasa terror saya hari nih. Anyway thanks Aisy pasal support ibu tido lama skit.
Sara pun sama x banyak ragam.

[Soalan] Tp nape nak kukus n bakar kek?
[Jawapan] Saya bukan aper, sajer nak wat research skit antara kek kukus n bakar.
Pasal kek yang saya buat sure x jadinyer biler bakar..
kalau kukus menjadilak..Mungkin silap teknik nih.

Tp hari alhamdulillah menjadilah pulak.
Tpkan saya cuma bakar cupcake jek, x berani nak bakar sebijik kek.
Bukan aper, takut hangus. Aper2 pun saya kene banyak belajo ngan cik abe lagi.


Sayang, tolong ajar i
Isterimu

Monday, February 21, 2011

.:: Happy Birthday Sara Sayang ::.

Sara sgt suka hari tu, pepagi lagi ibu n ayah dah wish kat Sara.
Tambah bila nampak kek dia dah siap..Aper lagi berbunga-bungaler hati..
siap nyanyi lagi "Happy Besday to you"...

Anak ibu sekarang dah jadi kakak. Ibu sgt happy dengan perubahan Sara.
Sangat sayang adik dia, kalau dapat cium ..x lepas , sampai adik naik rimas.
Pandai ambilkan botol susu adik, pampers adik & bantal adik.
Sara sgt menolong ibu n ayah.
Sayang sgt kat Sara. Muahhhhhhh

Lihatlah muka-muka ceria anak daraku.

Kegembiraanmu kegembiraanku juga.

Love u,
ibu

.:: Preparation besday Sara ::.

Preparation
Sehari sebelum hari jadi Sara,
Ibu ngan ayah dah shopping tuk barang-barang tuk buat kek Sara.
Alhamdulillah aper yang dihajati dapat dibeli. Sukalah ayahkan.
Almaklumlah ayahnya ditugaskan membuat kek Sara.
Ibu pulak..buat aper?. Ibu buat x tau jek..boleh gitu?.
Mane pulak, ibu Sara dah siapkan awal-awal baju Sara.
Pasal ibu tau masa besday Sara, ibu baru lepas pantang.

Ok, kengkawan...Inilah hasil kerja tangan ayah sara.
Cantik kan..Nak tempah? sms me k..


Ni pulak hasil jahitan ibu Sara tema "Polka Dot Black n White"..
Amacam ader bakat x saya menjahit hehe

Sayang Sara,
Ibu




.:: Berpantang VS Kambing Sara ::.



Berpantang
Lepas 3 minggu berpantang di JB. Tibalah giliran mak saya lak yang
kene amik turn jaga saya hehehe. Manja sungguh saya di sana.
Masakan tidak, seawal 7.00 am, mak dah siapkan tungku untuk tuam kat perut.
Lepas tu mak siapkan air mandian serai wangi + herba lain .
Eemmmmm sgt segar n baunya sgt wangi.
Jam 8.30 am Aisy n Sara bangun n sayalak g sarapan.
Mak saya settlekan baby. Adik saya Nani pulak settlekan Sara.
Terima kasih mak, Jasamu amat ku hargai...
x lupa juga pada ayah, nani, amir,ila n shukor...thanks you all.


Kambing Sara
Kebetulan ayah saya ader bela kambing. Sara pulak sangat teruja dengan binatang.
Nak dijadikan cerita, bila sampai di kampung ayah sara terus bawa Sara tgk kambing.
umphh aper lagi suka ler si minah nih. Bila dah suka jadi ketagih pulak.
Sampaikan bangun pagi nak g tgk kambing dulu baru dia nak mandi.
Perghhh macam dah rutin dia setiap hari.
Kalau x melawat kambing, sure mengamuknye.
Nasiblah ader adik saya si Nani n Amir yang rajin melayan si Sara ni.
Bila menangis bawa ker kandang kambing sure senyap punya.
Pokok pangkalnyer kambing penawar hatinya waktu luka lara.
Itulah citer Sara n kambing Atok

Sara..Sara...embek..embek!!

Love,
Maleen

.:: Hero Kami ::.



Alhamdulillah, tanggal 27/Dec/2010 (Isnin) pada 6.37 pagi,
saya selamat melahirkan hero kami secara normal di Hospital Sultan Ismail, JB.

26/Dec/2010
2.00 pm - Mula sakit skit-skit
8.00 pm - Dah keluar jel warna kecoklatan

27/Dec/2010
2.00 am - Sakit setiap 1 jam sekali
3.00 am - Setiap 30 minit
4.00 am - Sakit setiap 5 minit sekali, kali ni mmg sakit sgt. Terutama bahagian pinggang.
4.30 am - Kejutkan hubby n terus gerak g hospital. Sgt sakit perut masa nih, sampaikan hubby terlanggar lubang pun kene marah.
5.30 am - Terus masuk labour room, pasal dah buka 5 cm.
6.00 am - Masa ni yang sedih, x der nurse ker doktor yang dtg check. Mesin 3x dah berbunyi-bunyi. Saya dah terlampau sakit masa tu, sampai minta hubby tlg panggilkan nurse sbb saya rasa dah nak meneran sangat. Nasib baiklah dtg nurse yang tgh handle pesakit bilik sebelah datang menolong. Masa dia check, bukaan dah 9cm. Saya aper lagi meneran ler..
6.30 am - Kali pertama dan kedua x lepas, kali ketiga bahu baby tersangkut.
6.37 am - Kali keempat baru berjaya.

Akhirnya keluarlah bayi lelaki yang seberat 3.28 kg ni ke dunia.
Inilah dia Muhammad Aisy Ayden bin Mohd Ismahadi.



.:: Kembali berblog ::.

Setelah sekian lama menyepi. Kini saya kembali.
KEMBALI dengan semangat dan wajah baru.
Nampak x header dan interface blog ni, dah tukar kan?.
Warna favourite mesti ader, x leh tinggal nyer.
"Pink" n "Hitam" jadi pilihan --> Saya sgt suke!!!!.
Amacam cantik x?



Semua ini bertujuan untuk meningkat minat nak menulis blog.
Besar harapan supaya saya dapat konsisten dalam bidang nih.
Harap kengkawan dapat menyokong saya.

Yang merindui you all sumer,
Maleen

Saturday, October 17, 2009

TUDUNG ONLINE!!!!

Salam semua kengkawanku yang dikasihi...

Sesiapa yang berminat nak beli tudung baru boleh la cuba intai-intai blog ni

  • Banyak pilihan tudung yang latest dan corak terkini. "BESAR PUNYA"
  • Koleksi terkini, jaminan kualiti dijaga, disemak sebelum dihantar dan yang penting MURAH....... ada juga macam2 promotion
  • Terhad memandangkan ramai permintaan dan kebanyakan jenis tudung telah habis dijual.
  • Pembeli online yang pertama akan diberi DISKAUN....
Stok terhad sebab di samping online saya juga jual pada orang/offline

so, apa lagi, cepat-cepat intai murah-murah

Bisnes Satu toleransi, Bisnes SATU jihad, Bisnes SATU keredhaan.


" Urus niaga dan jualbeli yang dilakukan secara suka sama suka iaitu berpuas hati antara penjual dan pengguna. (Surah an-Nisa':29)"

"Rasulullah ditanya mengenai usaha yang paling baik sebagai sumber pendapatan atau rezeki. Baginda menjawab: Pekerjaan yang paling baik adalah dari hasil usahanya sendiri dan setiap perniagaan yang baik serta halal. (Riwayat Bazzar dan Sohehahu al-Hakim) "


تسعة أعشار الرزق في التجارة"
9 per 10 daripada rezeki adalah pada perniagaan.
Hadith lemah riwayat Abu 'Ubaid dlm al Ghareeb. "



Thursday, September 3, 2009

Stressnyer!!!!!!!!!!!!!!

I'm totally stress wif my job now...

Kerja banyak gilos. Bayangkan for next year model team haku kene develop artwork for DECT 145 models. Assuming 30 models permonth. Itu x termasuk 250 amendment models for ITS lagi. Perghhhh sakit kepala haku nak wat schedule tuk dua benda nih. Tp bagi aku lagi sakit kepala pada manusia yang dipertanggungjawabkan tuk MONITOR/FOLLOW UP schedule. Siapakah manusia ittew??. Siapa lagi kalau bukan aku.........arrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

Hari ni jek aku kene submit sumer urgent schedule kat bos haku kat Japan tu. Pastu bos local lak asyik datang kat meja aku...cakap kerja ini urgent..kerja itu urgent...Tp kalau semua kejer jadi urgent, maner satu aku nak wat wei..Aper ingat haku nih mesin ker? .Mesin pun jammed tau kalau dah banyak sgt workload dia. Menci tau..

Emmm kalu diikutkan hati terasa nak resign jek. X mau kejer kilang lagi. Tp mampukah aku?...
be continue.......

Saturday, July 18, 2009

Perut ku gendut???

Salam sumer...

Dah lamer kan x update. Mesti korang dah menyampah nak klik blog hakukan. Balik2 citer yang sama gak. Hehehe maafkan daku kengkawan. So hari aku nak bercerita pasal gendut. Biasalah kan lepas bersalin, perut musti gedebeh nyer. Haku mmg admitler benda ittew. Tpkan sampai biler nak camnih. Aku cam dah x sanggup nak tgk perut nih. Tp nak wat camner, x kan nak gunting?. Aku x sanggup. Tpkan kalaulah cermin boleh bercakap..mesti dia kater buruknyer perut ko....oh...tidak tidak!!!!!!!!!!!!!!!!!!

FYI, aku penah gak
1. Pakai bengkung + losyen mustajab pati limau--> x jadi gak
2. Sit up..--> x jadi gak pasal x konsisten
3. X makan malam--> kurang berjaya ..kurang susu malam tuk sara..so aku stop.

So camner nyer nak kempiskan balik perutku kengkawan. Any idea ???. Please advice nei.

Friday, May 22, 2009

Saraku sayang



Pejam celik , pejam celik sara dah masuk 3 bln. Terasa kejap jek kan.
Semakin sayang ibu kat sara. Ibu nih kalau rindukan sara sampaikan semua
yang ibu pandang terbayangkan sara. Pehhh dashyat sungguh penangan sara nih.

Perkembangan sara sekarang
1. Dah pandai main air liur...meleleh2 sampai basah baju
2. Dah pandai gelak skit2 bila diagah
3. Makin manja kat ibu especially bila nak tido..mengamuk jek minta ibu dukung..
4. Mulut lani terkumat-kumit nak bercakap...
5. Suka toleh kiri n kanan
6. Paling best suka bulatkan mata bila org cakap pasal dia...macam paham jek..
7. Kalau dibaringkan ..kaki n tangan x reti duk diam.. asyik mengayuh jek keje dia..

Apa2 pun ibu n ayah sayang bangat kat sara...love u baby




Saturday, May 2, 2009

Si tembab Sara

Sara dah semakin bambam sekarang. Dah pandai tersengih bila diagah. Boleh cair hati ibu tgk muka sara tersenyum, tiut bangat.

Tgh syok dapat baring kat perut ayah dia cam tilam Vono kan Sara.
Ni baru betul..like father like daughter

Si manja ibu...

Monday, April 13, 2009

gambo passport





tarrraaaaaaa inilah wajah terbaru ibu sara. Nih muka versi lepas pantang n berjaga malam..amacam tiut x muka haku? tiut tu x delah kan tpppp manis tu ader kan skit...Pehh...syok sendiri haku nih..

Pening ke hapa ibu sara nih. Tghari buta lak tu pakai blazer. Dah x de kejer ke hapa?.
Anyway bukan sengaja nak posing2 tghari buta nih...nih sumer gara2 gambar berukuran passport dah habis. So camner nak apply visa maaaaaaaaaaaa.

Memandangkan sekarang nih sara dah ader, makanya haku dah xleh kuar suke2 nak amik gambo. So kenelah amik gambo sendirik. Softboard kat dinding bilik tetamu, aku jadikan background. Amacam kreatif x haku?.

So, sekarang nih aku nak korang decide maner satu pic yang ok tuk dijadikan gambar passport. Comment k

Sunday, April 12, 2009

Sara mengaruk...

Hari jumaat lepas sara asyik nangis jek dari kul 3 sampai kul 9 mlm ...Nak kater demam, suhu badan dia ok. nak kater umah panas , ibu rasa dah sejuk bangat. Ntah kenapa ntah sara sampai nangis gitu sekali. Sedih ibu tgk merah2 mata sara sampaikan ibu menangis sekali ngan sara. Ibu cam mati akal nak wat aper.

Puasler ibu nyanyi, dukung, enjut2 sara, mandikan sara bagi susu...menangis gak minah nih. Ader ler setengah jam tido. Pastu bangun nangis lagi. Peh...mencabar betul ibu rasa, sampai sakit kepala ibu dibuatnyer. Nasib baik ibu x pitam sara.

Mlm tu ayah bawak ibu n sara pusing2 dalam kereta..habis satu UTM ayah pusing tp sara nangis lagi.Memandangkan ayah ader meeting malam tu. So ayah tinggalkan ibu ngan sara duk dalam kereta jap. Akhirnya selepas 1 jam sara ngan ibu pun terlelap..uhhhhhhh poor sara.. tp sian lagi kat ibu dia.

Nak dijadikan serita, esoknye kami g umah seorang hjh nih. Dia pandai ubat sawan tangis nih (colic). Then after dia massage sara, dia bagitau bahu sara sakit. Patut le bila sara nak mengereng dia musti nangis. Rupanye sakit bahu anak ibu nih.Ptg tu ibu terus takut nak pegang bahu sara, ape lagi nak mandikan sara. Pasal kaki sara kuat menendang. Kalau x pegang bahu dia kuat2 takut terhantuk kepala kat besen lak. So, ibu decide lapkan sara jek sampai bahu sara betul2 pulih.

Ni dia gambar dak yang sakit bahu tu

Saturday, March 21, 2009

Rindu kat Ayah




Hi ayah Sara rindukan ayah

Sian sara, mengamuk2 dia...pening ibu dibuatnyer.. sume x kene. Bagi susu tokmo, letak kat rocker pun tokmo...asyik nangis jek. So terpaksalah ibu minta paksu pegang sara. Nasib baik paksu sara sporting dalam x reti2 dia pun. At d end sara tido di pelukkan paksu dia. Emmmm nih musti rindukan ayah dia nih. Mane x nyer lengan ayah lagi empuk dari ibunya....

emmm tinggal 10 hari lagi ayah datang ler sara. Sabo k..Ayah sara nih mmg bizi orgnyer. Setiap minggu ader jek program. Minggu lepas ayah g mersing ader student nyer program. Minggu nih sibuk ngan maklang and maklong Johor sara bertunang. Minggu depan lak ayah sara bizi ngan konvo lak. X per sara nanti kita jumpa ayah k.


yang berbj kuning tu ayah n ibu sara.. tgk siibu tu temuk kan..

Friday, March 20, 2009

Sara kene tinggal....



Sara kene tinggal......
Hari ni wan and atok g perak due to attend majlis perkahwinan acik Yus. Kira makcik sara ler nih. Bln ni wan bizi sgt, setiap minggu kene g majlis kawen. So nasibler sara kene tinggal ngan ibu kat umah, nasib baik ader acik nani temankan ibu. Kalau x mesti ibu terkial2 nak mandikan sara.

Bercerita pasal mandikan sara. Actually ibu takut2 lagi.. x pandai nak pegang sara ngan proper lagi, tp alhamdulillah ibu berjaya gak mandikan sara. Ibu kene blaja, pasal nanti kat umah ibu sendiri ibu kene mandikan sara gaks. Nak dijadikan citer masa mandikan sara td , ibu nampak nanah BCG sara dah kuar. Ibupun picit skit2 keluarkan nanah tu. Luckynyer masa tu, sara skit pun x nangis. Kuat gaks anak ibu nyer.

Sblm pakai baju ibu kene tuamkan sara dulu, pastu sapukan minyak telon kat perut, kaki sara.
Fungsi kedua2nya ni supaya sara x kembong perut. Then sapukan skit losyen kat tut....sara, jgn bagi ruam dan seterusnya pakaikan barut,pampers, baju n seluar. Last sekali bedakkan sara supaya dia wangi...Setelah selesai sumenyer ibu upahkan sara dengan susu....


Tuam Sara (jintan hitam yang dibunjutkan dengan kain cotton),
Minyak Telon, Losyen and Bedak Sara

Upah sara-susu 4 oz .
Tp dah habis sara dah minum




abih susu...sara aper lagi zzzzzzzzzzzzzzz...........