Saturday, November 22, 2008

Kenangan silam

Sekian lama menghilang, kini aku muncul semula dengan cerita baru. Wah..wah..wah dah bersawang blog nih, baru aku terasa nak update. Camner nak start nih ha....terasa cam susahlak nak mengarang. Almaklumlah dah lamer meninggalkan kelas BM..hehehe.

Anyway nak dijadikan cerita, semenjak aku keguguran Nov 2007, aku dah mula x excited nak menulis blog. Moral down betul. Ish..Ish..agak kesian gak ngan aku masa tu. Biler aku teringat balik...after dr sahkan aku miscarriage, aku macam x boleh terima lagi. Hati aku still menidakkan apa yang berlaku. Berjurai-jurai air mata, x dapat dibendung lagi. Aku terus berlari ke arah kereta dan menelifon hubby. Aku sampaikan berita yang babyku dah x da lagi. Terkilan hatinya x dapat bersama aku ketika itu memandangkan terpaksa outstation.

Dengan perut yang masih sakit, aku kuatkan diri drive balik ke rumah. MIL call mention nak datang umah. Tp aku x bagi, sbb aku nak tenangkan fikiran dulu. Aku menangis sepuas hati.Aku tenung anak2 aku puas-puas. Walaupun saiznya kecil sebesar 2 ibu jari. Tp dia ttp anak yang aku kandung selama 7 minggu 2 hari.

Aku cuba untuk mengumpul kekuatan diri. Aku bisik pada diri sendiri yang ini adalah takdir, terima qada' dan qadar. Alhamdulillah selepas 2 jam aku menangis aku dapat tenangkan diri.Kemudian aku drive ke rumah MIL untuk kebumikan anakku. Anakku ibu pasrah dengan kehendak Illahi. Semoga anak ibu ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.

1 comment:

Siti Fatimah said...

Hai Leen. Selamat Dtg ke alam blog. Wpn dh agak terlambat aku ucapkan kalimat ni. hehehe.

Br dpt tangkap ko blog roll blog aku. Hihihiii.. Tenkiu2. Nnti aku letak link ko plak ek.

Take care...