Sunday, February 1, 2009
Congrate Sue n Farid
rasanya Sue bersalin awal dari due kot..
16 hari awal rasanyer.
to Sue..
Selamat menguruskan badan balik...
selamat berpantang dengan jayanya...
Pasni turn I pulak..
Doakan kami k semoga dipermudahkan segala urusan.
Amin.
Tanda-tanda hampir melahirkan
Lepas sembahyang subuh, barulah aku leh tido.
Emmmm esok aku dah 37 minggu pregnant. Kaki dan tangan dah mula membengkak. Perut pun dah mula mengeras. Memandangkan nih baby 1st , aku nih x tatau sangat tanda-tanda bersalin sgt. So aper kater kita share tanda2 nak bersalin kat bawah nih.
Sumber daripada Ratuhati.com
Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.
Bayi turun ke bawah
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
* sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
* kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
* sakit perut, memulas
* kerap buang air besar
* kerap terkentut
Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir
* Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
* Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.
Sakit belakang
* Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
* Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
* Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
* Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.
Pecah air ketuban
Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.
{mosimage}Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis
Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.
Kontraksi yang tetap dan berterusan
Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda. Buat jadual. Baca seterusnya di artikel "Kontraksi, Kelahiran Sebenar atau Palsu"
Bila Perlu ke Hospital
Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:
* kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. :-) )
* keluar air ketuban.
* pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
* keluar darah dari vagina.
* apa saja masalah yang dialami.
Friday, January 2, 2009
Ayat-ayat pengesan dan penawar sihir
terpanggil rasanya nak sebarkan kepada kengkawan sume
ayat-ayat pengesan dan penawar sihir
Khasiat Ayat Ini :-
Simptom yang akan didapati selepas mendengar :-
1)denyutan jantung makin kencang
2)badan bergegar
3)ada benda bergerak-gerak bawah kulit
4)mengantuk/menguap
5)batuk
6)gelisah
7)panas di tengkuk
Selepas mendengar ayat ini, insyaalah dapat menghalau jin yang berada dalam tubuh kita. Penjelasannya adalah mudah,jin yang berada dalam tubuh kita akan bergerak melalui salruran darah kita,ayat-ayat ruqyah syariah ini pula amat mustajab dalam menyakiti mereka,lalu mereka akan kucar-kacir dalam darah kita lalu menyebabkan degupan jantung kita bertambah kencang. Bagi pesakit-pesakit sihir pula,jin dalam badan akan membuatkan kita mengantuk apabila mendengar mp3 ruqyah syariah ini.Dan bagi kes saka,kita akan terasa panas ditengkuk.
Dengan mendegar mp3 ini, insyaAllah mampu menyembhkan penyakit - penyakit misteri antaranya :-
-Fikiran runsing/jiwa gelisah
-Menyembuhkan penyakit histeria,sihir dan saka
-Mengusir jin didalam badan,rumah dan premis perniagaan
-Ketengangan dalam rumahtangga
-Menyembuhkan anak-anak yang menangis malam
-Penambat kasih sayang antara anak dan ibubapa
-Anak-anak mudah mendengar kata orang tua
-Menguatkan hafalan dan pembelajaran
-Membuatkan minda lebih positif dan fokus terhadap kerja dan pembelajaran
-Membersihkan aura diri dan menyahkan energi-energi negatif dari badan
Cara Menggunakan Mp3 Ini :
RUQYAH MP3 ini amat bagus diperdengarkan 3 kali sehari bagi mereka yang mengalami pelbagai penyakit gangguan jin,kerana fadhilat ayat2 tersebut amat mustajab bagi mengusir jin2 jahat/sihir serta memagar diri kita.Selain itu pesakit juga kena baca banyak-banyak dalam hati tak kira masa dan tempat zikir ‘THO HA’ (surah taha ayt 1) .Kesannya semasa membaca zikir itu adalah perut akan terasa mual dan seterusnya sendawa…Ini petanda segala jin-jin dalam tubuh kita beransur-ansur keluar…InsyaAllah..
Cara Khusus Untuk Tujuan Tertentu :-
1) Bagi kesihatan diri dan keluarga,pasangkan cd/mp3 ini didalam rumah/premis perniagaan 3x sehari atau pasangkan dari malam sampai pagi (auto repeat).
2)Bagi pesakit gangguan jin,dilarang memasangnya didalam kereta,kesannya akan mengakibatkan kita mengantuk dan mengganggu pemanduan.
3)Bagi anak-anak yang menangis diwaktu malam,anda perlu pasangkan dengan kuat,insyaAllah jin/syaitan akan lari dari mengganggu anak-anak anda.
4)Untuk merawat histeria,sihir,saka dan lambat jodoh,sediakan 3botol besar air mineral,buka penutupnya dan pasangkan cd/mp3 ruqyah ini 3round sebelah air tadi (kira-kira 1jam 20minit).Air tadi dibuat minum seteguk untuk 3x sehari dan lakukan hari berikutnya sehingga air tadi habis.Tiap-tiap lepas solat perlu baca qursy 3x dan al insyirah 3x secara istiqomah.Kemudian sebelah malamnya pula,cd/mp3 ruqyah ini hendaklah dipasang dari malam sampai pagi selama sebulan.
5)Bagi memulihkan rumah/premis perniagaan yang bermasalah,cuma pasangkan 3x sehari untuk 3hari berturut-turut.
6)Jika kita sering mengalami masalah malas dan badan terasa berat,perdengarkan cd/mp3 ruqyah ini 3x sehari,insyaAllah kita akan cergas dan kembali bersemangat.
Download Sekarang :-
Monday, December 15, 2008
Aku mc hari nih
Lepas maghrib semlm, aku n nani g klinik. Selalu g ngan cik abeku, tp aper kan daya dia g outstation lak. After cek hb, doc kater darah aku 100/50 jek. Patut ler kepala aku sakit sgt. darah x normal rupanyer. Doc nak bagi aku mc semalam, aku x mau sbb terpikir byk kejer kat office tu.
Alih2 pagi nih bangun tido, kepala terasa berat. Then aku terasa kepala aku panas. Haaa kan dah demam. Betul kata asben aku aku nih spesis org yang kuat semangat tp hakikatnyer badan lembik. Nasib baik dah amik ubat semalam, at least dah ada ubat. Nak drive aku takut. Pasal aku nih kalau dah sakit kepala kekadang pandangan jadi gelap. So aku x berani amik risiko. Nasib baik ader adik kat umah. Aderlah teman sakit pening aku nih.
Saturday, December 6, 2008
Jusco card Tebrau City : 27 Nov
Best...Best hari yang paling I tunggu-tunggu..Almaklumlah dah plan nak beli barang-barang tuk baby.Thanks to kak Lelo due to bagi org checklist tuk new born.Punyer ler excited, seminggu sebelum tu lagi I dah submit leave form you tau. N aku paksa gaks my hubby tuk amik cuti ..Kejam x haku... Tup2 hari tu hubby cuti dapat cuti halfday jek. Pasal ader colleague dia cuti gaks. Hurgghhhhh boring..x leh duk lelama kat Jusco.
Nak dijadikan citer, pepagi lagi kami dah gerak dari umah, sampai jek kat Tebrau dalam 8.30am. Jalan dah mula jem.Perhhhh giler ramai org queue tuk parking (masa tu palang parking x buka lagi). Aku pun aper lagi ajak hubby aku park kete sat kat Tesco (next to JJ), pastu g Shell jap (7E) sarapan pagi. Dah kenyang baru kitaorg gerak g parking kat JJ. Alhamdulillah ader banyak parking lagi.
Turun dari kereta terus amik troli, masuk jek JJ. Mak ai dah ramai manusia. Pening kepala aku. Macam-macam perangai manusia aku tgk kat situ. Ader hilang anak, ader yang marah2 anak dia tambah teruk lagi aku tengok sendiri ader aunty tu dia lempang2 baby die (around 2 years old) due asyik nangis jek. Eishhhhh teremosi sgt aunty tu....
Anyway aku happy, cuma x banyak sale tuk new born pun, kalau ader pun dalam 10%~30% jek. So kene tunggu baby fair lak.
Update yang dah lepas- Hari Raya Aidilfitri
Saturday, November 22, 2008
Kenangan silam
Anyway nak dijadikan cerita, semenjak aku keguguran Nov 2007, aku dah mula x excited nak menulis blog. Moral down betul. Ish..Ish..agak kesian gak ngan aku masa tu. Biler aku teringat balik...after dr sahkan aku miscarriage, aku macam x boleh terima lagi. Hati aku still menidakkan apa yang berlaku. Berjurai-jurai air mata, x dapat dibendung lagi. Aku terus berlari ke arah kereta dan menelifon hubby. Aku sampaikan berita yang babyku dah x da lagi. Terkilan hatinya x dapat bersama aku ketika itu memandangkan terpaksa outstation.
Dengan perut yang masih sakit, aku kuatkan diri drive balik ke rumah. MIL call mention nak datang umah. Tp aku x bagi, sbb aku nak tenangkan fikiran dulu. Aku menangis sepuas hati.Aku tenung anak2 aku puas-puas. Walaupun saiznya kecil sebesar 2 ibu jari. Tp dia ttp anak yang aku kandung selama 7 minggu 2 hari.
Aku cuba untuk mengumpul kekuatan diri. Aku bisik pada diri sendiri yang ini adalah takdir, terima qada' dan qadar. Alhamdulillah selepas 2 jam aku menangis aku dapat tenangkan diri.Kemudian aku drive ke rumah MIL untuk kebumikan anakku. Anakku ibu pasrah dengan kehendak Illahi. Semoga anak ibu ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.